
Ini adalah satu cara format paling mudah daripada proses backup hingga la kepada install window.
Terdapat beberapa pekara yang saya terangkan:
- Proses backup
- Proses menetap boot kepada cd
- Proses format
- Proses install Window xp
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Sekeping CD Window xp
2.Segala drive komponen komputer
Untuk mengenali kompenen komputer anda sila download CPU-Z dan PC Wizard di www.cpuid.com
Untuk memudahkan anda mendownload drive sila lawat laman web pengeluar komponan.Sekiranya anda menggunakan laptop sila lawat laman web pengeluar laptop.
Disini terdapat beberapa langkah cara format komputer.baca dan paham
- BACK UP
Kita boleh menggunakan cara yang mudah copy segala data dan paste ke dalam partion d atau kita akan menggunakan perisian back up yang telah tersedia didalam window.
Caranya adalah anda pergi ke:
start > all programs > accessories > system tools > back up
Lihat gamba dibawah
Pastikan back up dibahagian partion d (Kerana kita akan memadam segala fail dibahagian c)
- MENETAPKAN BOOT KEPADA CD-ROM
Setelah selesai melakukan back up boleh la terus kepada step format hard disk,Sekarang mari melakukan proses ini.
Perkara pertama mesti pastikan komputer membaca CD ATAU DVD ROM dahulu. sebelum hard disk
Kita mesti letakkan boot kepada cd dahulu.
Caranya :
- Restat komputer
- Tekan F2 (setengah komputer tekan delete atau F10) harus ingat bukan masuk safe mod
- Selepas itu cari satu bahagian yang ada advance atau boot sequence.Anda perlu mencari kerana tidak semua komputer sama.
- Dah jumpa?letakkan CD-ROM dibahagian atas sekali
- Kemudian save dan restart
Sekiranya tidak dapat boot melalui CD-ROM kemungkinan anda tidak save selepas menetapkan boot sequence tadi.
contoh gambaran boot sequence (Paparan berbeza mengikut komputer)
- FORMAT HARD DISK
2.Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, "Press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver". Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard
anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3.
(Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini:)
3."Welcome to Setup" dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
4."Windows XP Licensing Agreement". Tekan F8 untuk teruskan
5.Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang
baru.
6.Sekiranya Hard Disk anda masih baru, dan masih belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
9. Pilih partition C: untuk install Windows XP.Kemudian ENTER
10. Tekan butang C untuk setuju
11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER
12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP.
Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
- Install Windows XP
1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
- Mula Menggunakan Windows XP
2. "Welcome to Microsoft Windows" dipaparkan. Klik pada butang Next.
2. "Welcome to Microsoft Windows" dipaparkan. Klik pada butang Next
3. Pilih "Not right now" dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
5. Pilih "No, not at this time" supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
7. Klik pada butang Finish.
8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
Selesai,kemudian anda boleh memasukkan segala driver.
Beberapa langkah perlu anda lakukan setelah selesai.
- Sekiranya anda telah melakukan prose backup anda boleh memasukkan kembali
- Menginstall segala drive
- Menginstall segala Perisian











